Pengikut

*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*



Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio. Terima Kasih kepada team UMalaya Radio diatas undangan dan kerjasama menjayakan sesi temubual bersama kami Arnab Kiut Rabbitry!

Khamis, 12 Mac 2009

*.* Diet Asas Seekor Arnab *.*

  • Air yang bersih.
  • Pallet yang segar dan baik.
  • Jerami (Hay).
  • Sayuran (pilihan/ sila rujuk di bawah)
  • Kudapan (pilihan/ sila rujuk di bawah)

Perhatian: Segala perubahan diet keatas arnab haruslah dibuat secara beransur-ansur untuk mengelakkan gangguan masalah sistem penghadaman, contohnya apabila ingin menukar jenama sesuatu pallet, campurkan pallet yang lama dengan jenama yang baru dan teruskan dengan mengurangkan jumlah pallet yang lama dan menambah jumlah pallet yang baru selama tempoh untuk satu minggu.

Bibit Arnab (sehingga umur 6 bulan)

  • Dari lahir hingga 3 minggu - susu ibu.
  • Selepas 3 minggu - susu ibu, perkenalkan Jerami alfalfa dan pallet secara beransur-ansur(kandungan kalsium yang tinggi didalam Jerami alfalfa membantu dalam tumbesaran tulang)
  • Selepas 4 minggu - susu ibu, tiada had pemberian Jerami alfalfa dan pallet.
  • 8 minggu hingga 6 bulan - tiada had pemberian Jerami alfalfa dan pallet.
  • 12 minggu dan ke atas - perkenalkan sayuran, pantau perkembangan arnab anda, pemberian dimulakan dengan satu jenis sayuran/tumbuhan hijau pada satu-satu masa. Jika terdapat perubahan di atas najis(menjadi lembik/cair) berhenti beri atau cuba beri sayuran yg berlainan jenis)

Remaja Arnab (6 bulan hingga 1 tahun)

  • Perkenalkan Jerami timothy atau Jerami yang lain (oat, 'brome', orchard, napier, decumbens, guetamala)
  • Kurangkan pemberian Jerami alfalfa, sehingga pemberian total kepada Jerami timothy. Jerami alfalfa mengandungi kandungan kalsium dan protin yang tinggi, tetapi kurang kandungan fiber, tidak sesuai untuk arnab meningkat dewasa, kecuali arnab anda kurang berat badan, sedang sembuh dari pembedahan, bunting atau menyusukan anak)
  • Kurangkan pemberian pallet dari 1/8 cawan ke 1/4 cawan bagi 2.3kg/5lbs berat badan (1 cawan = 250ml)
  • Sayuran/Tumbuhan Hijau.(pilihan)
  • Kudapan.(pilihan)

Arnab Dewasa Matang. (1 tahun hingga 6 tahun)

  • Tiada had pemberian jerami.
  • 1/8 ke 1/4 cawan pallet bagi setiap 2.3kg berat badan
  • Sayuran/Tumbuhan Hijau.(pilihan)
  • Kudapan.(pilihan)

Arnab Otai (selepas 6 tahun)

  • Teruskan diet arnab dewasa matang jika arnab anda tidak mempunyai masalah penurunan berat badan.
  • Tingkatkan kadar pemberian pallet jika masalah tersebut berlaku.
  • Jerami alfalfa boleh diberi kepada arnab yang mengalami penurunan berat badan, tetapi dengan hanya jika kadar kalsium adalah normal.

Jerami (Hay)

  • Jerami adalah komponen penting didalam diet seseekor arnab. Seharusnya jerami perlu ada selalu untuk arnab, seboleh-bolehnya 24/7.
  • Jerami membekal serat/bahan kasar untuk membantu sistem penghadaman untuk berfungsi dengan baik dan berkesan dari menghalang rintangan/masalah usus.
  • Gigi arnab tidak berhenti pertumbuhannya. Mengunyah jerami dapat membantu gigi tumbuh ditahap kepanjangan yang sesuai dan baik.
  • Variasi dan kepelbagaian jenis jerami memberikan kepelbagaian pergerakan mengunyah. Untuk itu, jika boleh, beri arnab anda variasi jerami untuk tumbesaran gigi yang sempurna.

Pallet

  • Pallet yang baik mestilah mengandungi kandungan protin yang rendah(14%-16%), tinggi kandungan serat(min: 20%), lemat dan kalsium seharusnya lebih kurang dalam lingkungan 1%.
  • Elakkan pallet yang mengandungi kekacang, biji benih/bijirin didalam kandungannya, ini membuatkan arnab anda montel. Kandungan lemak yang tinggi.

Sayuran dan Kudapan

Jika anda memilih untuk memasukkan sayuran didalam diet arnab anda, perkenalkan/beri satu jenis sayur untuk sesuatu masa. Mulakan dengan jumlah yang sedikit dahulu dan pantau bentuk/rupa najis arnab anda. Jika najis tersebut berbentuk sempurna dan bulat seperti selalu, anda boleh secara beransur-ansur meningkatkan jumlah pemberian sayuran. Jika najis arnab itu berubah rupa, menjadi lembik/cair, berhenti beri sayuran tersebut serta-merta, cuba beri sayuran dari jenis lain hanya selepas najis arnab anda kembali normal.

Perhatian!: Bertentangan dengan pendapat popular umum, lobak merah seharusnya tidak boleh dijadikan sebahagian besar kandungan diet arnab anda. Lobak merah mengandungi kandungan gula yang tinggi dan seharusnya cuma diberi sebagai kudapan/sampingan sahaja. Jadi jangan terpengaruh dengan kartun untuk memberi seratus-peratus arnab anda lobak merah, takkan boleh tukar jadi bugs bunny punya la~

Buah-buahan adalah kudapan yang paling sihat. Kudapan haruslah diberi dalam jumlah yang kecil dan minima, tidak lebih dari 1-2 sudu teh/sehari (sepotong sekali seminggu). JANGAN beri kudapan yang terlalu tinggi protin, karbohidrat dan lemak seperti biskut, sirial(koko crunch, cornflake dll), roti dan gandum seperti cikedis dan pasta. Coklat amat berbahaya dan beracun kepada arnab.

Seperti diketahui, jerami alfalfa amat digemari oleh arnab, boleh diberi sebagai kudapan sekali-sekala untuk arnab-arnab otai dan tua... eheheheh
okie~ itu sahaja... bye~!

22 ulasan:

lliesz_sisp berkata...

salam

Arnab saya suka makan roti gardenia. kalu x bagi dia akan memanjat sampai ke mulut saya atau hujung tangan saya meminta. Ok ke x kalu arnab makan roti gardenia. Selain dari Gardenia mereka tak suka. TQ

iceburn berkata...

hmmm sebenarnya tak elok... elok beri dia makanan tinggi protein... dia perlukan protein bukan karbohidrat... :D

Tanpa Nama berkata...

mcm mana nk jaga arnab dgn baik? perlu bg mandi ke?

uni creative berkata...

salam.saya bela arnab jenis angora dan australian loop.kubis baik untuk arnab?sebab mereka suka sangat makan kubis.kalau bagi sayur lain,mereka taknak.bagi hay pun,mereka xberape makan.mereka macam ketagih dengan kubis.adakah kubis baek untuk mereka?

uni creative berkata...

arnab angora saya tu umur dekat 3 bulan.australian loop saya umur 1 bulan lebih.kubis baek tak untuk mereka?apa diet sesuai untuk mereka?saya tengok najis dan air kencing mereka ok je.najis bulat-bulat dan kemas.tapi,air kencing banyak.mereka kerap kencing sebab makan kubis rasenye.saya harap ade pendapat bagi sesiapa yang sudi berkongsi.saya tiada pengalaman bela arnab.

iceburn berkata...

kobis boleh diberi, tapi disebabkan kandungan air didalam sayuran adalah tinggi, pemberian sayuran boleh menyebabkan masalah sanitasi dan penyakit, ini akibat dari keadaan sangkar yang basah dengan air kencing. kandungan ammonia dan gas nitrogen yg tinggi boleh menyebabkan arnab di serang pneumonia(radang paru²).
anak arnab dibawah umur 8 minggu tidak digalakkan diberi makanan yg mempunyai kandungan air yg tinggi, ini kerana sistem penghadaman anak arnab pada umur ini tidak lagi daat memproses kehadiran kandungan air yg terlalu tinggi. sebab itu selalu terjadi anak arnab cirit-birit dan mati selepas kita beri makan sayuran berkandungan air tinggi.
baka australian loop tu baka apa?

sayangrabbit berkata...

teriam kasih atas pendapat dan nasihat anda.

sayangrabbit berkata...

australian lop tu saya dapat dari australia.Orang-orang si sana panggil arnab jenis tu australian lop.saya pun tidak pasti nama sebenar baka tu.jadi,apa sayur yang sesuai untuk arnab-arnab saya?mereka masih kecil,taktau jenis sayur yang sesuai diberi.apa diet-diet yang sesuai untuk mereka?saya baru berjinak-jinak bela arnab ni.dulu bela arnab kampung je.saya bela ni sebagai pet sahaja sebab mereka sangat comel!

iceburn berkata...

weoo, import dari aus, terus bagi dia hay la, alfalfa hay tinggi protein, tapi sampai satu tahap umur u kena bagi serat tinggi(timoti, brome dll)
aus lop tu local lop sana la tu, sama la dgn kat m'sia, local lop dorang letak Holland Lop~ hUHUhUh

Tanpa Nama berkata...

i de bela arnab baka biasa ,i dukung arnab i then terlepas tetiba kuku kaki blakang dia tercabut berdarah tp after dia jilat kaki dia da ok kemudian selang beberapa hari kuku kaki depan dia lak tercabut ......ape puncanya yea?

iceburn berkata...

uik~! serius? huhUHUH ada trim kuku kaki dia tak? klu kuku kaki dia terlalu panjang, boleh mendatangkan kecederaan...

luna berkata...

i ade jenis fuzzy lop dua2 berumur 2 bulan. mslhnye rabbit sy suke maknan yg jenis bau wangi2. pallet biasa x nk mkn. sy dh cuba cmpur ngan pallet mhl dan pallet biasa dia pandai pilih hnya mkn yg sdp2 jer.huhu ari2 mcm ni bankrup la sy. ade cr x supaya dia mkn pallet biasa sy tkt gak sbb rabbit2 sy masih kecik tkt effect kat usus dia.

iceburn berkata...

hmmm... nak tukar pellet arnab nih agak leceh, bila kita dah bagi pellet yg mahal nak tukar ke murah... arnab nih akan buat perangai, sampai tahap kadang² taknak makan langsung.
tapi semua masalah ada penyelesaian, sedari bleh tuka makanan dia mengikut urutan ratio yang betul. mula-mula campurkan 80% dari makanan mahal dan lebih 20% dari makanan baru(murah), hari kedua turunkan ratio makanan mahal(70%) dan naikan makanan baru(30%), seterusnya hari ketiga turunkan lagi 10% dan naikkan 10% makanan baru. sampaila 100% makanan baru. Nak main tipu? gaulkan garam halus dalam sesudu kedalam gaulan makanan tadi. ehehehe XD Selamat mencuba~!

Tanpa Nama berkata...

saya ada membela arnab jenis tempatan, tiap2 hari bagi makan kangkung ngan pellet je,.. then kalau musim buah plak bagi makan durian, rambutan, langsat, manggis dan mcm2 lg la buah yang ada... then saya bagi arnab saya makan ayam goreng KFC, ais krim pun dia makan... mmg selera betul arnab saya ni.. tapi satu je masalah dia, arnab saya ni tak pandai terbang.. ada x sapa2 taw cemana nk bagi arnab saya ni pandai terbang? tq

Tanpa Nama berkata...

sya ada arnab.arnab saya ni selalu menggeletar.kalau kuku die panjng kena potong ke? saya kadang bagi dier snack untuk rabbit punye.boleh kan?

Tanpa Nama berkata...

Arnab saya suka menggeletar , sb apa ya , cakap la ... panik ni . umur baru 4 mggu. Mkn pallet dan suka daun keledek .

iceburn berkata...

menggeletar normal.
kena potong kuku.
snack utk rabbit sudah tentu boleh.
selagi tak cirit, ok.

Muhammad Farhan berkata...

kenapa arnab saya bila umur dua bulan setengah kena cirit-birit? masa umur setahun setengah saya asingkan dari ibu dia ok jer. sy bg diorang makan palet. bila diorang kena cirit birit makanan apa elok untuk diorang? x larat la nk ulang ke vet. bln lepas da bwk 5 eko, bln nie dekat 10 eko lak yg cirit-birit. tolong...!!!

chinta danisya berkata...

sy ada arnab umo dlm 2 bln..td mknan dia habis,salu sy bli kt akak kt uptown tu je mknan dia sbb mmg sy bli arnab ni kat sna..sy kesian sgt tgk dorg ni kelaparan,so sy trs je ke pet shop n bli pallet..tp pallet yg sy bli ni lain dr yg sblm ni..sy terus bg je sbb pallet yg lama tu da abis..skrg sy agak riso la takot2 jd pape kt dorg..sbb sy wat ptukaran mendadak..so skrg ape sy nk wat eh?samada nk teroskan ngn pallet baru ni ke @ cari jgk pallet lama tu?help me..!!

Ayu berkata...

sy de seko arnab kg,dh 6bln bela dr bby,ttba dia xlalu mkn dn mati..sblm ni dia cirit2 tp dh baik,bila sy tukar mknny.sy de cek bwh perut dia de cam angin pasang(benjolan)benjolan tu bergerak2.tp sblm ms dia mati benjolan tu xbergerak...sy xtau nk wat pe.sy nak bw ke klinik tp xsempat.sy teringin nk tahu adakah itu "hernia".bagaimana nk mrawatny? adakah dia kesejukan??

PJ berkata...

Hai. saya bela arnab saya di luar rumah. tak boh dalam sangkar. tak suka pet dikurung dalam sangkar. saya buat pagar keliling pokok rambutan saya. so arnab saya ada ruang luas untuk bergerak bebas, berlantaikan rumput. saya tak biasa beli hay untuk arnab saya tu. okay ke tak? saya tak pasti la sama ada arnab saya tu sihat walafiat ke tidak. tapi ... asalkan depa nampak sihat di mata kasar saya tu ... ok la. sesekali saya poting la daun2 serai campak ke dalam pagar untuk arnab tu. tengok gaya tu ... takda la nak makan sangat. tapi tengok depa kerap jugak la ragut rumput, kunyah daun rambutan yang dah kering & putik buah rambutan gugur yang kering. cukup ke semua tu untuk gantikan hay since that blog ini mengatakan hay untuk tumbesaran tulang? urm .. makanan ruji arnab saya ... pallet. apa pandangan tuan blogger ttg cara saya bela arnab saya ini? start bela since november tahun lepas. sekali bela hanya sepasang. stop bela untuk tempoh yang lama (berhenti dalam 2 bulan) sejak kematian arnab bunting saya dek serangan anjing gangster ceroboh rumah kol 5.30 pagi. GERAM SAYA! I HATE DOGS! ni baru seminggu i bela sekeluarga arnab (ibu + 3 anak berumur 3 minggu). anak ngan ibu dok asing. ibu dok kandang luar yang berumput tu. anak dok dalam kotak dalam rumah. sehari 2kali bawak ibu masuk rumah untuk menyusu. dari 3 anak tu ... 2 sihat .. fully disusukan ibu. 1 tak sihat ... dah 3 hari macam tak stabil. cuma bertahan dengan suapan air rebusan beras dengan picagari 1-2ml dua kali sehari. tapi keadaannya still tak stabil. asyik menggeletar. kekadang boleh berdiri straight 4 kali, kekadang rebah ... tak tahu la boleh survive ke tidak. masih cuba membantu sedaya upaya selagi dia masih hidup. anak dok bising suruh bawak ke vet. tapi .. vet mau layan ke baby arnab umur 3 minggu? hu hu hu ... please advice ...

Unknown berkata...

Sebarang pertanyaan segera lebih mudah diajukan melalui aplikasi whatsapp. Sila hubungi kami di Whatsapp 0193737311 Fahmi ArnabKiut

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com

*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.

-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**

Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan


"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242




View Larger Map

Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun


Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.

Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.

Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)

Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)

Yuran :- RM100/peserta.


  • Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
  • Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
  • Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
  • Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

"It is fatal to enter any war without the will to win it."

Fahmi 017-3030433

*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*

Related Posts with Thumbnails
TAWARAN UNTUK BERAMAL JARIAH:
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..

Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my

KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

TABUNG PEMBELIAN BAS

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!

Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm

ALAMAT & PENGURUS:

RUMAH KASIH HARMONI - RKH

No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my

PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:

HP: 019-3133430 / 013-6397015


Saper nak tolong Rumah Kasih Harmoni(Anak Yatim)?
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...

Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...

Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
__________________
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net

*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*