Pengikut

*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*



Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio. Terima Kasih kepada team UMalaya Radio diatas undangan dan kerjasama menjayakan sesi temubual bersama kami Arnab Kiut Rabbitry!

Isnin, 27 April 2009

*.* Pesan En.Bad 02 (Al-Fatihah) *.*

Quote:
Originally Posted by Joe Mendula View Post
Salam saudara Badruzamani,

Sy percaya penglibatan anda dalam penternakan arnab ni sudah berskala besar, mungkin sdr telah ada network yg banyak dan mungkin dapat membantu saya mendapat bekalan dedak arnab.

Harga runcit terbaik pun kat Melaka ni adalah RM39/25KG dan itu tersgt mahal. Pada skala saya yg kecil nih saya perlukan hny 25KG X 5guni (125kg)sebulan. +/- Rm200 sebulan. Maka tak layak untuk saya membeli terus dari beberapa kilang dedak yg terdapat di Melaka ini yg meletakkan min P.O qty - 500KG.

Soalannya..adakah anda mengenali mana2 supplier dedak yg boleh menghantar supply ke Melaka ini secara bulanan. Saya amat berharap jika ada pihak yg dapat membantu. Makanan alternatif yg saya gunakan sekarang ni pun belum dapat menidakkan dedak sebagai makanan utama arnab2 saya.
Dalam era 90 - an, sebilangan rakyat termiskin di Negeri Perlis telah dipilih untuk mengikuti projek Ternakan Arnab anjuran jawatankuasa PPRT. Namun, tidak lama kemudian, projek itu dikatakan gagal mencapai matlamat kerana beberapa sebab. Antaranya ialah kos makanan yang meningkat berbanding kos pengeluaran. Ini menyebabkan kos operasi juga turut meningkat.

Lalu, sejak tahun 1999, saya telah membuat kajian ke atas sebab kegagalan projek tersebut dan cuba mencari penyelesaian kepada masalah - masalah tersebut.

Kini, saya mengambil pendekatan bahawa sekiranya seseorang penternak kecil - kecilan ingin berjaya, dia JANGAN bergantung kepada pellet semata - mata. Dia harus menghasilkan makanan arnab itu sendiri.

Kini, kami telah menjumpai 'rahsia' macam mana nak mengantikan pemberian pellet dan mengurangkan kos operasi (kos makanan) serta meningkatkan tumbesaran daging arnab. (Peserta kursus lepas tahu rahsia itu).

Namun, disebabkan pengeluaran bahan tersebut masih lagi terhad, saya tidak dibenarkan mengumumkannya setakat ini. Saya minta maaf. Cuma, kalau boleh adunkan beberapa jenis rumput seperti rumput Israil + Napier + hampas kacang soya + gula melaka (cair pekat) sebagai makanan alternatif. Masukkan sedikit BIO LIVESTOCK dalam botol air minuman dan campuran makanan tadi. Semoga, ia dapat mengurangkan kebergantungan pada makanan pellet terutama dari Eropah.

p/s - Saya memang tak percaya pada pellet dari Eropah terutama selepas kenyataan seorang pensyarah di Eropah yang pernah menyatakan bahawa hampir 70% pembuat pellet di sana telah mencampurkan sejenis lemak BABI ke dalam kandungan pellet mereka. Kalau boleh, kita perlu wujudkan makanan arnab sendiri mengikut cara kita yang dibenarkan syarak. Ini dah jadi sebagai fardhu kifayah terhadap umat Islam.
Hampas Kelapa
Hampas Soya
Quote:
Originally Posted by Joe Mendula View Post
Thank Sdr Zamani,

Maaf tanya sikit lagi, Bahan2 tu nak kena dikisar lumat dan dijemur ke? dah tu camana nak di bentukkan? Kalau bolehlah....kongsikan ler sikit dgn kawan2.
Pernah tengok Nutri Blok tak? Kaedah kini cara nak beri makanan 'tambahan' kepada kambing. Selalunya ia di gantung. Ini kerana jika di letak dalam bekas seperti pellet, selalunya arnab akan letak najisnya sama dalam tu.

Secara teorinya, hampas soya / hampas kelapa / hampas jagung / Napier / Rumput Israil di kisar di cincang dahulu. Keringkan seketika ( dalam 3 jam di bawah panas terik). Kemudian, masukkan ke dalam bekas. Gaulkan dengan gula merah / gula melaka.

Kalau kreatif, cuba bentuk dalam bentuk selinder / blok / kepal bulat - bulat menggunakan acuan / plastik.

Sebagai tambahan, boleh cuba BIO LIVESTOCK. Guna sedikit sahaja untuk bancuhan 1 kilo makanan.
Selamat berjaya.JagungRumput Napier
p/s - Arnab dewasa memerlukan makanan berfiber tinggi. Tetapi, makanan ini tidak sesuai untuk anak arnab. Kalau baja banyak tu, selain jual, tanam la jagung madu / tumbuhan yang mampu menjadi rantaian makanan kepada arnab.

09-21-2008, 06:57 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com

*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.

-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**

Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan


"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242




View Larger Map

Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun


Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.

Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.

Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)

Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)

Yuran :- RM100/peserta.


  • Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
  • Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
  • Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
  • Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

"It is fatal to enter any war without the will to win it."

Fahmi 017-3030433

*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*

Related Posts with Thumbnails
TAWARAN UNTUK BERAMAL JARIAH:
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..

Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my

KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

TABUNG PEMBELIAN BAS

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!

Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm

ALAMAT & PENGURUS:

RUMAH KASIH HARMONI - RKH

No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my

PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:

HP: 019-3133430 / 013-6397015


Saper nak tolong Rumah Kasih Harmoni(Anak Yatim)?
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...

Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...

Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
__________________
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net

*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*