Pengikut

*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*



Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio. Terima Kasih kepada team UMalaya Radio diatas undangan dan kerjasama menjayakan sesi temubual bersama kami Arnab Kiut Rabbitry!

Jumaat, 8 Mei 2009

*.* Anak Arnab Selalu Mati *.* Via Email

Email dari IDA
Assalamualaikum,
Saya ada membela arnab di rumah sebagai hobi.. ada 3 betina, 1 jantan, dan 4 baby (lebih kurang 1 bulan) yang masih hidup. Saya nak tanya something setakat ini, dah 7 ekor termasuk 2 ekor baby arnab saya mati pagi tadi.. Dia cirit birit pada malamnya, dan mati keesokkan harinya... saya ada bawa pi jumpa veteriner utk baby2 yg mati sebelum ni,dia bagi ubat utk busekan immune system dia, dan ubat cirit..tapi.. saya bagi dua kali..mati jugak akhirnya.. Ada apa-apa nasihat atau petua tak untuk mengelakkan cirit birit dan kematian pada baby2 rabbit saya yg masih hidup??...sayang nya, kalo semua mati..ni kali kedua dah si ibu beranak.., utk yg kelahiran pertama, semua anaknya mati apabila mencapai usianya lebih kurang sebulan lebih..Untuk pengetahuan, baby2 ini dah putus susu, dan makan sendiri..dalam kandang yg berasingan dr ibunya...dan saya juga kurangkan contact dgn orang ramai..exspecially anak saya..dia suka sgt arnab...sedih jugak tgk dia menangis setiap kali arnabnya mati..
terima kasih atas bantuan anda..
:) IDA
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Email balas dari iceburn.
wsalam.
mungkin ada beberapa pertanyaan yang perlu saya lanjutkan,
*berapa umur arnab-arnab yg mati tu?
*apa makanan yang selalu akak bagi?
*air minuman dari sumber apa?
*kedudukan kandang dimana? kalau boleh email saya gambar
*arnab-arnab tadi dari baka apa?
*ada bagi makanan lain selain pellet?
*bila tarikh/umur cerai susu yang akak asingkan dari ibu?
saya perlu tahu semua ciri2 kat atas ni. saya harap dapat bantu akak.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Email balas dari IDA
Ok..
a) umur arnab-arnab yg mati adalah dalam 5-6 minggu
b) selalunya makanan yg sy bagi dedak arnab, sayur ada juga..tapi tak selalu.. normally kangkung
c) air minuman just bagi air paip shj
d) kedudukan kandang adalah di laman hadapan rumah..bawah auwning..sebelah porch kete
e) Anak2 arnab tu, ibu mereka ada 2 jenis, satu dr baka lion head dan satu lagi yg bulu panjang, jantannya arnab jenis biasa..
f) tarikh cerai susu..sy tak ingat tapi lebih kurang anak2 tu usia nya 4 minggu..baru lagi kami asingkan coz ibu dia dah bunting lagi..
harap maklumat yg sy berikan mencukupi...terima kasih
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Email balas dari iceburn
Ok..
a) umur arnab-arnab yg mati adalah dalam 5-6 minggu-usia2 ni memang dianggap usia yg kritikal. selalu terjadi anak arnab mati dalam usia ni.
b) selalunya makanan yg sy bagi dedak arnab, sayur ada juga..tapi tak selalu.. normally kangkung- sistem penghadaman anak arnab di bawah usia 2bulan tidak dapat menghadam sayur dan tumbuhan lain. jangan beri anak arnab makan sayur jika umurnya belum mencapai 2bulan(8minggu). Lagi2 anak arnab baka2 pets, kerana baka2 ini diimport dari luar, tahap kesesuaian mengadaptasi persekitaran agak terbatas, berbanding dengan arnab baka lokal.
c) air minuman just bagi air paip shj- kalau boleh, cuba beri air yg dah dimasak atau biarkan air paip itu untuk 3hari, lagi cantik kalau dapat tampung air hujan.
d) kedudukan kandang adalah di laman hadapan rumah..bawah auwning..sebelah porch kete - elakkan kandang terdedah cahaya matahari secara terus(direct contact), elakkan dari kena tempias hujan dan angin malam secra terus.
e) Anak2 arnab tu, ibu mereka ada 2 jenis, satu dr baka lion head dan satu lagi yg bulu panjang, jantannya arnab jenis biasa..- asingkan bapak arnab jika ibu sudah beranak, penumpuan keatas ibu selepas bersalin diutamakan.
f) tarikh cerai susu..sy tak ingat tapi lebih kurang anak2 tu usia nya 4 minggu..baru lagi kami asingkan coz ibu dia dah bunting lagi..-untuk baka2 import, eloklah diberi makanan tinggi protein utk membantu ibu menghasilkan susu yg cukup utk anak, jangan asingkan anak serta-merta selepas bercerai susu, satu lagi, ibu yg baru beranak tidak sesuai terus dikahwinkan, kalau boleh direhatkan dulu selama satu bulan lagi selepas bercerai susu. saya nasihatkan ibu yang dua ekor tu, akak gilir2kan dorang beranak, bulan pertama yang lionhead kahwin, akhir bulan dia beranak, akak kahwinkan yg bulu panjang pulak(bulan kedua), akhir bulan ketiga arnab yg bulu panjang akan beranak, ibu yg lionhead tadi anaknya sudah mencapai usia dua bulan, bolehlah dikahwinkan ibu lionhead tu, dengan cara yang saya sarankan akak praktik kan ni, jangkahayat ibu arnab akan dapat dipanjangkan sikit, sebab dia dapat cuti bersalin yg lebih panjang. anak2nya juga dapat dijaga oleh ibu dengan tempoh yg lebih sikit, anak arnab dibawah 2bulan kalau dipisahkan akan senang diserang stress(tekanan jiwa). jangan tak tau, stress juga akibat kepada kemurungan, akibat dari kemurungan arnab taknak makan, bila taknak makan, dia akan kehilangan air dalam badan, akibatnya cirit-birit yang mengakibatkan dehidration(kurang air) dan penyudahnya mati. Sebab tu la kadang2 kita beli anak arnab dari petshop yg kita tak tau usia dia(selalunya dibawah dua bulan), sampai jer dirumah, 2-3 hari dah mati.

Saya harap semua maklumat ni dapat membantu.
Ahmad Fahmi Alias
0173030433
www.arnabkiut.blogspot.com

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

arnab awak memang cantik . arnab saya cantik juga satu tu dia macam panda tapi bila dah tengok macam tu
saya panggil dia panda awak beli kat mana arnab ni kiut je ramai pula tak gaduh pun

Tanpa Nama berkata...

awak jadilah kawan saya ni nombor telefon saya 096316727

Tanpa Nama berkata...

carrot boleh tak anak arnab makan?

syedanshah berkata...

info yg bgus..tul jgak akak tgk kalau kat pet shop mmg bunnynya comel2 sbb kecik2 je lagi..dlm sebulan 2 je umornya..xberani nak beli..wlaupun berkenan sgt2..

muhd amirul berkata...

salam,saya nak tanya kalau arnab baru lahir bila ibu arnab akan menyusukannya???

saifudin abu izzudin berkata...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

Shahfri Matsa berkata...

Assalam,nak tanya sedikit kenapa ibu arnab saya kencingkan anaknya

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com

*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.

-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**

Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan


"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242




View Larger Map

Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun


Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.

Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.

Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)

Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)

Yuran :- RM100/peserta.


  • Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
  • Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
  • Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
  • Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

"It is fatal to enter any war without the will to win it."

Fahmi 017-3030433

*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*

*.* Rabbit Pellet Arnab *.*

Pellet Bengy, Gold Coin dan FFM sedia untuk dijual~ (Bermula 1 Dis 2010)
Bengy RM40/25kg seguni
FFM RM88/25kg seguni
Gold Coin RM60/25kg seguni

Bengy RM15/5kg, RM28/10kg.
FFM RM40/5kg, RM68/10kg.
Gold Coin RM20/5kg, RM38/10kg.

Bengy Crude Protein 15%
FFM Crude Protein 17%
Gold Coin Crude Protein 17-19%


Related Posts with Thumbnails
TAWARAN UNTUK BERAMAL JARIAH:
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..

Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my

KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

TABUNG PEMBELIAN BAS

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!

Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm

ALAMAT & PENGURUS:

RUMAH KASIH HARMONI - RKH

No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my

PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:

HP: 019-3133430 / 013-6397015


Saper nak tolong Rumah Kasih Harmoni(Anak Yatim)?
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...

Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...

Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
__________________
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net

*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*