Pengikut

*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*



Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio. Terima Kasih kepada team UMalaya Radio diatas undangan dan kerjasama menjayakan sesi temubual bersama kami Arnab Kiut Rabbitry!

Sabtu, 2 Mei 2009

*.* Apa aku lakukan ketika ini?? *.*

Assalamualaikum,
Syukur ke hadrat Illahi di atas limpah kurnianya, berjaya aku menaikkan malah menyemarakkan industri per'arnab'an yang sekian lama aku pendamkan dalam hati, sejak sekian lama aku menanti dan memikirkan bila masa yang sesuai untuk memulakan penternakan arnab ini.
Kalau dari latar keluarga, hanya kebelakangan ini baru keluarga aku menternak, kalau diikutkan suatu masa dahulu, aku bukanlah dari keluarga penternak, bapa aku seorang bekas pegawai kerajaan, jawatan lampau dia adalah seorang pengaturcara komputer atau dalam bahasa penjajahnya, Computer Programmer, dari dialah aku belajar selok belok komputer dan pengaturcaraan serba sedikit, sekarang dia fulltime pencen~ eheheheheh sambil-sambil menternak kambing dan beberapa unggas kampung. Emak aku? seorang bekas kerani di Pos Malaysia, seringkali jugak la aku dilepaskan bermain-main di kawasan bungkusan parcel Pos Besar KL. Okie cukup dengan pengenalan latar keluarga aku. Aku? Sekarang partimer di sebuah cyber cafe di Danau Kota KL, mungkin minggu depan atau dua minggu lagi, menjadi pengurus di situ. Secara keseluruhan masa aku di lepaskan ke atas papan kekunci dan tetikus juga layar papar gambar nih...
Berbalik kepada tajuk untuk posting kali ini, Apa aku lakukan ketika ini?? aku sedang dalam perjalanan pembikinan satu buku manual dan teori penternakan khusus kepada industri dan penternakan Arnab. Bahan-bahan yang aku kumpul sejak sekian lama dari laman-laman web, dari penulisan blog-blog luar negara, mahupun dalam negara, aku terjemahkan dan aku bukukan untuk berkongsi bersama-sama korang-korang diluar sana. Apa yang aku perlukan kat sinih, ialah satu penamat kepada apa yang kita semua tunggu selama ini, manual penuh dan lengkap beserta teori dan praktikal yang terbaik untuk penjagaan penuh untuk haiwan lagomorph yang dikenali Arnab ini....
Dengan rasa rendah diri, aku mengundurkan jari dari papan kekunci dan nantikan kemunculan penulisan buku/manual tentang arnab yang akan (insyaAllah) siap tak lama lagi...

Sekian Terima Kasih.

Yang Berkhidmat Dengan Arnab,
iceburn
0173030433 nuckcull@yahoo.com

2 ulasan:

Joe Mendula berkata...

Tidak sabar menanti manualnya nanti. Kalau wat E-Book kat M'sia nih rasanya akan diciplak kot...apa pun kesungguhan Iceburn adalah "Cemerlang", terusan beb.

iceburn berkata...

ahahahah... nih tengah pening nih... ingat tak buat e-book kot~ dah try tanya member nak jilid terus... sebab masalah yg macam tu la tak dibuat e-book... ehehehe

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com

*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.

-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**

Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan


"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242




View Larger Map

Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun


Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.

Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.

Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)

Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)

Yuran :- RM100/peserta.


  • Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
  • Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
  • Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
  • Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

"It is fatal to enter any war without the will to win it."

Fahmi 017-3030433

*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*

Related Posts with Thumbnails
TAWARAN UNTUK BERAMAL JARIAH:
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..

Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my

KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

TABUNG PEMBELIAN BAS

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!

Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm

ALAMAT & PENGURUS:

RUMAH KASIH HARMONI - RKH

No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my

PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:

HP: 019-3133430 / 013-6397015


Saper nak tolong Rumah Kasih Harmoni(Anak Yatim)?
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...

Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...

Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
__________________
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net

*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*