Pengikut

*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*



Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio. Terima Kasih kepada team UMalaya Radio diatas undangan dan kerjasama menjayakan sesi temubual bersama kami Arnab Kiut Rabbitry!

Rabu, 15 Julai 2009

*.* Rafa Bunny World Berita Harian *.*

Sentral: Belai arnab sambil beli-belah

Oleh Nurulfatiha Muah
bhnews@bharian.com.my


PENJAGA menunjukkan betapa jinaknya arnab di Taman Arnab Rafa Bunny World.

Pengunjung minat bermain dengan haiwan dikenakan bayaran

SHAH ALAM: Sebut saja arnab, kita pasti terbayangkan badannya yang berbulu putih bersih, manja, mesra serta menarik minat kanak-kanak untuk menjadikannya haiwan kesayangan seperti kucing dan anjing.

Bagaimanapun, tidak ramai yang bersedia memeliharanya kerana menganggapnya ia memerlukan penjagaan yang rapi dan sempurna bagi memastikan haiwan itu terus sihat dan aktif bermain dengan pemiliknya menyebabkan ada ibu bapa lebih selesa membawa anak mereka melihat haiwan ini di zoo mini atau kedai menjual haiwan peliharaan.

Bagi penduduk sekitar bandar raya ini, kini mereka boleh melihat dan bermain dengan haiwan ini di Taman Arnab Rafa Bunny World (Taman Arnab) yang terletak di perkarangan Pasar Raya Besar Giant (Giant), Seksyen 13, di sini.

Taman Arnab dibuka sejak 1 Jun itu menempatkan kira-kira 150 ekor arnab dewasa dan kecil yang terdiri daripada pelbagai spesies antaranya Angora, Holland Lop, Mix Lop dan Lion Head.

Pengusaha dan pemiliknya, Rahimi Idris, 47, berkata taman itu dibuka sebagai kemudahan untuk orang ramai bersantai sambil menyaksikan gelagat haiwan comel itu ketika mengunjungi Giant untuk membeli-belah.


"Ia berikutan kedudukan Taman Arnab ini yang terletak di perkarangan Giant, selain segala kemudahan seperti surau, tandas dan medan selera yang lengkap tersedia di sini.

"Orang ramai juga tidak perlu keluar jauh untuk melihat arnab. Di sini, pengunjung dibenarkan memberi arnab makan dan bermain di tempat permainan khas yang disediakan," katanya ketika ditemui di Taman Arnab itu.

Rahimi berkata, pasaran arnab masih baru di Malaysia dan kebanyakan kedai haiwan yang beroperasi hanya membenarkan pengunjung melihatnya yang dikurung dalam sangkar tanpa membenarkan mereka menyentuhnya.

Berikutan itu, katanya, pihaknya mengenakan sedikit bayaran iaitu RM3 kepada setiap pengunjung sama ada dewasa mahupun kanak-kanak untuk memasuki taman untuk bermain dan memberi makan arnab terbabit tanpa had masa.

Bagaimanapun, bayaran RM4 dikenakan pada Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti sekolah.

Rahimi berkata, pihaknya juga menyediakan pakej lawatan untuk pelajar dan keluarga dengan harga berpatutan misalnya, RM10 bagi lawatan lima orang sekeluarga.

Katanya, sambutan daripada pengunjung taman sangat menggalakkan dan pada tiga minggu pembukaannya, lebih 200 ekor arnab sudah dijual.

Ditanya cara penjagaan arnab, beliau berkata, ia mudah kerana pelbagai jenis makanan berbentuk pellet yang diperbuat daripada rumput rumpai dan kalsium ada dijual.

Katanya, makanan itu dan air yang mengandungi mineral hanya perlu diletakkan di dalam sangkar bagi membolehkan haiwan berkenaan makan dan minum pada bila-bila masa.

Dalam pada itu, katanya, arnab di taman itu juga dijual kepada mereka yang berminat dengan harga berpatutan iaitu di antara RM100 dan RM300 bergantung kepada saiz dan spesies.

"Kami juga ada menjual sangkar arnab yang berharga antara RM47 hingga RM65 yang disertakan bersama bekas air dan makanannya sekali, selain pellet dengan harga RM1 sebungkus.

"Kami mendapat bekalan arnab ini daripada pembekal di sekitar Lembah Klang dan Perak," katanya.

Rahimi berkata, orang ramai yang berminat mengunjungi Taman Arnab, boleh membawa bersama keratan akhbar cerita ini untuk mendapatkan potongan harga RM1.

Katanya, taman itu dibuka setiap hari termasuk cuti umum mulai jam 10 pagi hingga jam 9.30 malam.

Pengunjung, Muhammad Izlan Rezali, 12, berkata beliau yang menyukai arnab sanggup datang dari Taman Ampang Indah, Ampang, Kuala Lumpur ke Shah Alam semata-mata mahu menyaksikan sendiri gelagat haiwan itu.

"Saya kerap datang ke sini bersama keluarga pada waktu cuti sekolah untuk melihat sendiri arnab yang comel ini dan bermain dengannya," katanya.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..komen sya..
1. cage sempit,
2. perlu ada saliran untuk najis yg teratur, penting untuk rabbit dan pengunjung...terutama kanak2..
3. letak byk rabbit dalam 1 cage..
4. rabbit byk kena cirit-birit, kena buat sesuatu..

iceburn berkata...

1. cage sempit,:: atas tujuan komersial
2. perlu ada saliran untuk najis yg teratur, penting untuk rabbit dan pengunjung...terutama kanak2.. :: tapak pameran disewa, bukan tapak tetap... kesian jugak...
3. letak byk rabbit dalam 1 cage.. :: untuk dijual, have u adobt one? or two?
4. rabbit byk kena cirit-birit, kena buat sesuatu.. :: pertanyaan perlu diajukan ke pihak raffa, apa jawapan dari mereka?

Tanpa Nama berkata...

1. cage sempit-tujuan komersial pun jgn semata2 nak untung...makhluk tuhan tu. bykkan cage lagi..satu cage yg hitam tu dlm RM40/- je..modal bukan RM100,000.00??
2. saliran najis cam de yg tengok diorg buat..najis tu jatuh tergolek je kat dlm saluran, pastu terus masuk tong sampah..bukan suruh buat pembentungan najis cam rumah2 pnye..
3. letak byk rabbit dlm 1 cage..tak beli pun lagi..takut ada sakit..tapi comel2.
4. cirit-birit..dah tanya staff dia..tapi jwp cam kabur2..sbb diaorang bukan expert katanye...

Kesimpulannya...tepuk dada tanya selera..

Tanpa Nama berkata...

idea taman rabbit memang bagus..tapi perlu perancangan yg lebih lagi..
semoga taman rabbit rafa boleh perbaiki lagi...

iceburn berkata...

Inilah yg membezakan antara pencinta haiwan dan bisnesman. Pencinta haiwan bercinta dengan haiwan, memberi segala yg diperlukan, menyediakan tempat tinggal yg baik dan macam² perkara yg baik lagi.
Bisnesman, menggunakan setiap ruang yg ada, meminimakan kos, make profit~!
Semoga rafa rabbit park jd lebih baik dengan pandangan org ramai nih... aku terkecuali~! ahahHaHa

failiz berkata...

saya ada jual arnab jersey wolly RM 120 (nego) email saya liesz_sisp@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Nak tanya, bolehkah anak rabbit di"mate"kan dengan bapanya or adik-beradik sendiri. Anak yg akan lahir ok ke x? TQ

Fahmi berkata...

Boleh baca pasal In-Breeding, soalan anda berkait dengan In-Breeding.

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com

*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.

-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**

Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan


"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242




View Larger Map

Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun


Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.

Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.

Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)

Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)

Yuran :- RM100/peserta.


  • Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
  • Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
  • Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
  • Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

"It is fatal to enter any war without the will to win it."

Fahmi 017-3030433

*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*

Related Posts with Thumbnails
TAWARAN UNTUK BERAMAL JARIAH:
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..

Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my

KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

TABUNG PEMBELIAN BAS

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!

Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm

ALAMAT & PENGURUS:

RUMAH KASIH HARMONI - RKH

No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my

PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:

HP: 019-3133430 / 013-6397015


Saper nak tolong Rumah Kasih Harmoni(Anak Yatim)?
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...

Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...

Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
__________________
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net

*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*