Pengikut

*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*



Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio. Terima Kasih kepada team UMalaya Radio diatas undangan dan kerjasama menjayakan sesi temubual bersama kami Arnab Kiut Rabbitry!

Selasa, 15 September 2009

*.* Reply dari email - Perkara Penting Untuk Penjagaan Anak Arnab *.*

Contry Rabbit dari Thailand... breed baru kot~ cantik giler ~ hUhuHuHu~ saper nak?? sila buat tempahan~!!! HUHuHuHu

--- On Mon, 9/14/09, Norazliza liesz wrote:

From: Norazliza liesz
Subject: salam n morning
To: nuckcull@yahoo.com
Date: Monday, September 14, 2009, 11:48 AM

Saya nak tanya pada encik mengenai arnab peliharaan saya. Saya memelihara arnab jersey wolly. 2 ekor ibu muda telah melahirkan buat pertama kali pada 10 Oktober lepas. Seekor ibu induk melahirkan anak pada 12 Oktober lepas. Saya tidak risau dengan ibu induk, tetapi ibu muda. Ini kerana, saya lihat mereka seperti tidak pandai menjaga anak2nya dan tidak memberi susu. Saya lihat bulu di bahagian bawah badan tidak dicabut. Ini akan menyukarkan anaknya meminum susu. Jadi saya membeli susu dan botol susu. Saya memberi anaknya minum susu menggunakan botol susu. Selepas saya susukan, saya letak kembali bersama ibunya. Didapati semalam (13 Sept) ibu muda kepada 2 ekor anak kencing di dalam tempat anaknya dan menyebabkan anaknya mati lemas. Ibu muda seekor lagi memakan anaknya pagi tadi. Saya betul2 sedih dengan kejadian ini. Anaknya masih bernyawa. Apa tindakan yang perlu saya ambil selepas ini? Perlu atau tidak saya memberi susu botol jika didapati ibunya tidak menyusu @ saya perlu asingkan anak yang menyusu menggunakan botol susu supaya tidak dibunuh oleh ibunya? TQ

iceburn menjawab:-
Wsalam,
Perkara pertama yang paling penting yang selalu saya ingatkan kepada diri saya dan orang lain yang berminat untuk memelihara arnab samada secara suka-suka atau mengkomersialkannya ialah... catat dan rekod segala jenis 'hubungan intim' arnab anda.
  • Bermula dengan bila tarikh dilahirkan,
  • Tempoh matang induk jantan dan betina,
  • Tarikh mereka mula di'mating'kan (kahwen)
  • Tarikh dijangka cabut bulu (selalunya 1-2 hari sebelom beranak)
  • Tarikh dijangka melahirkan baby arnab. (hari 30-32)

Perkara penting lain setelah anak arnab anda dilahirkan...
  • Jangan ada sebarang interaksi pihak ketiga(antara anda dan arnab), dimana keadaan ini akan membawa kepada perilaku stress kepada ibu arnab, sekaligus akan memakan anak arnab.
  • Berikan makanan yang tinggi protein, kekurangan protein didalam badan untuk menghasilkan susu akan membuat ibu bertindak memakan anaknya sendiri, untuk pengetahuan, anak arnab tinggi protein(sama juga kutuban/ari yang keluar). Anak arnab yang lemah ketika dilahirkan akan menjadi pilihan utama ibu, jangan panik dan menjerit-jerit jika terlihat kejadian itu, ini lumrah alam, ibu arnab sedang melakukan apa yang sebenarnya kita tak tau... jika dihalang, kemungkinan besar untuk ibu arnab stress adalah cerah...
  • Kurangkan menggangu ibu dan anak tersebut, kalau boleh sangkar diletakkan bidai/kain/tirai/kertas tutup supaya keadaan didalam sangkar dan tempat beranak/wad beranak itu gelap dan tenteram, jika ingin beri makan, cepat-cepat beri dan lihat sekejap anak-anak arnab, kalau ada yang terkeluar dari kotak beranak/nestbox/bakul, angkat (dengan cara yang saya ajar dalam posting angkat anak arnab baru lahir) dan masukkan kedalam nestbox.
  • Letakkan ibu dan anak didalam sangkar dikawasan kurang gangguan bunyi dan kunjungan manusia. Kehadiran mereka2 yang exited sebab tengok arnab beranak adalah punca utama arnab memakan anaknya sendiri juga tidak mahu menyusukan anaknya.
InsyaAllah, jika mengikut tatacara yang saya cadangkan, kemungkinan untuk memperolehi peratusan anak arnab hidup yang tinggi juga cerah, saya juga punya masalah seperti awak, tapi setelah menjalankan kajian dan selidik perangai dorang nih... saya berjaya memperolehi ibu-ibu yg mula memelihara anaknya dengan baik. Ada ibu yang melahirkan anak 8 ekor berjaya mengekalkan 7 dari anaknya hidup, ada yang melahirkan 12 ekor berjaya mengekalkan 7 darinya hidup... InsyaAllah...
Teruskan usaha, semoga berjaya~
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net
*.*Berkenaan Arnab Pedaging dan Contract Farming*.*
www.arnabdaging.blogspot.com
*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas jawapan yg diberikan. Macammana nak order arnab di atas 2? bape harga? TQ

iceburn berkata...

sama2~

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com

*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.

-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**

Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan


"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242




View Larger Map

Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun


Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.

Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.

Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)

Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)

Yuran :- RM100/peserta.


  • Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
  • Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
  • Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
  • Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

"It is fatal to enter any war without the will to win it."

Fahmi 017-3030433

*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*

*.* Rabbit Pellet Arnab *.*

Pellet Bengy, Gold Coin dan FFM sedia untuk dijual~ (Bermula 1 Dis 2010)
Bengy RM40/25kg seguni
FFM RM88/25kg seguni
Gold Coin RM60/25kg seguni

Bengy RM15/5kg, RM28/10kg.
FFM RM40/5kg, RM68/10kg.
Gold Coin RM20/5kg, RM38/10kg.

Bengy Crude Protein 15%
FFM Crude Protein 17%
Gold Coin Crude Protein 17-19%


Related Posts with Thumbnails
TAWARAN UNTUK BERAMAL JARIAH:
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..

Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my

KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

TABUNG PEMBELIAN BAS

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!

Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm

ALAMAT & PENGURUS:

RUMAH KASIH HARMONI - RKH

No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my

PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:

HP: 019-3133430 / 013-6397015


Saper nak tolong Rumah Kasih Harmoni(Anak Yatim)?
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...

Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...

Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
__________________
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net

*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*