Pengikut

*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*



Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio. Terima Kasih kepada team UMalaya Radio diatas undangan dan kerjasama menjayakan sesi temubual bersama kami Arnab Kiut Rabbitry!

Khamis, 21 Januari 2010

*.* Hakikat Ternak Arnab Hari Ini *.*

Cuba lihat kira² ini,

Ako beli arnab RM200.00/ekor, arnab berusia 2-3bulan dari jurusan pedaging(mengikut yg diberitahu penjual) tanpa rekod pembiakan induk asal, tanpa tag, tanpa tatu, tanpa rekod surat beranak apa jadah.

Ada la duit lebih, ako pon sambar 5 ekor, 4 ekor betina dan seekor jantan.

RM150.00 x 5 = RM1000.00

nak beli dua set, dah tekadak pulak kang... 10 ekor dah RM2k...

umur dia pon dua bulan.... bela punya bela, sampai la umur dia matang (selalunya 4-5bulan), ako pon kahwinkan la... nak anak banyak punya pasal, keempat² ekor ibu aku kahwinkan...

sebulan(lebih kurang) pon berlalu...

tiba², yang beranak 2 ekor jer... aik? apsal 'New Zealand White' superb ako yang lagi 3 ekor nih tak beranak? apsal 'pedaging' ako yg lain tak beranak? yang dua ekor tu pon beranak la 6 ekor ibu A dan 6 ekor lagi ibu B. Wah~! dah ada 12 ekor anak arnab~!

dalam otak pon mula buat kira-kira, 12 ekor anak arnab x RM200.00 = RM2400.00~! boleh kaya ako nih~!

seminggu selepas kelahiran....

siot... anak arnab yg 12 ekor tinggal 3 ekor... ada yang ibu dia makan, ada ibu yg taknak bagi susu... aduh... 3 ekor... x.... RM200.00.... =.... RM600.00... takper... second time beranak nanti ako pastikan anak dia 100% hidup...

minggu kedua selepas kelahiran...

cantek... semua anak arnab mati... yg 3 ekor harapan tu pon mati... takper... try lagi... kahwinkan ibu yang 3 ekor tak jadi bunting sebelum nih, mana tau sangkut... ibu yang baru beranak nih kasi rehat dulu sebulan... kesian, baru lepas beranak...

sebulan selepas itu....

sekor jer yg beranak, 3 ekor jer anak dia???? ada pulak terbaca dalam blog arnabaperntah.blogspot.com tu, cita pasal Hybrid Bigor ke apa... mesti arnab ako terkena sumpahan macam yg diceritakan nih...

aduh... dah la beli mahal sampai RM200 sekor... nih kang silap² umur 8bulan baru matang bleh kawen, kang silap² lagi setahun baru dapatkan kawen.... bleh lingkup kandang arnab ako.... dengan kos nakbagi makan pellet penggemuk lagik, dengan kos kandang lagi, nih arnab ada pulak yang da kena kurap, inject nih dengan vet mau makan seplo doplo ringgit nih....

sekor yg beranak nih la harapan, takkan dah 4 bulan lebih ako bela arnab tak dapat sekor pon anak... kena la study sikit dari internet, orang lain cakap internet nih semua ada...

seminggu....

dua minggu...

tiga minggu...

sebulan...

pergh! nasib baik dapat diselamatkan 3 ekor yang lahir nih, nak try jual la... (ako pon bukak la mudah.my, try market kat dalam nih...)

"Arnab Pedaging

Saya menjual arnab pedaging untuk dijadikan induk, arnab sudah cerai susu. Seekor RM200. Penghantaran sekitar KL percuma."

tunggu punya tunggu...

tit~ tit~ (sms masok hp)

"salam, harga arnab ni bleh nego lagi x? ada berapa ekor? klu sy nk RM80 seekor bleh x?"

ako jawab...

"wsalam, sori la... harga ni skali dgn penghantaran. klu btul nk, confirm dan deposit duit, nnti sy bg no acc"

aduh!!! bleh pulak mintak RM80.00.... giler ke aper? ako beli RM200.00 nih... try tengok harga market skang brapa la....

Pergh!!! rata-rata orang jual RM80-100!!! giler ke aper dorang nih???? macammana nak untung camni???

-end-

Panjang lagi rasanya epilog cinta luka yg ako tulis kat atas tu... agak² dengan kos makanan(pellet komersial), gaji dia, kos kandang, kos aksesori, kos ubat, kos-kos-kos... apa yang dia dapat untung untuk 6 bulan pertama dia menternak arnab?

Ako dan En.Kamel selalu membincangkan semua yang terjadi kat atas nih(cerita di atas), En.Kamel pernah melalui zaman ternak arnab tahun 90-an yang gagal, tapi masa tu harga pellet bukan halangan, baru 60sen sekilo, apa ada hal... masa tu takda usaha untuk market, semua penternak masa tu nak ternak... dan harap customer atau market tu datang sendiri ke farm masing-masing... gagal...

En.Kamel, dengan hasil dari kajian, bacaan jurnal² menternak arnab secara natural farming, bagaimana menghasilkan kosentrat sendiri(tanpa bergantung pellet secara total! 100%!), pengalaman menternak dan mengeluarkan arnab 1000 ekor sebulan(sampai takda tempat nak letak arnab dah... terpaksa pagar kawasan 1 ekar dan lepas bebas semua arnab tu), beliau jugak sempat menuntut ilmu dengan J.Boyer(ntah camna eja nama org nih), pernah jadi tenaga pengajar bagi kursus arnab skala besar kat kawasan utara(penang, kedah dan perlis).

En.Kamel kini merasakan teknik yang diperolehi dari rakan-rakan luar negara yang berjaya menternak arnab skala besar dengan kos rendah boleh dipraktikkan di Malaysia. Jadi dia pon dengan rela dan senang hati nak bongkar semua RAHSIA menternak arnab dengan kos paling minima dan murah. Sehinggakan kira-kira yang kami buat, kalau jual arnab RM10.00 seekor pon masih tinggi keuntungan...

Ada la member² aku tanya, "ko buat kursus ajar orang bela arnab cara RAHSIA ko nih, tak rugi ker? nanti dorang jadi pesaing kuat ko"

Pada ako, rezeki ni ada kat mana², ada yang boleh dikongsi, ada yang tok guru kena simpan... tapi setakat nih, semua yang ako tulis dan ajar dalam blog nih, semua utk kongsi, apa ako dapat? takda apa... ehehehe kerana minat menulis dan menternak dapat bersatu.... ^-^

Jadi, jemputlah untuk mendengar dan belajar selagi mampu dengan kami. Mendaftar sebagai peserta kursus dengan bayaran RM120.00 seorang. Kalau ada yang nak join sila konfirm sebelum hari Rabu setiap minggu, setakat ni, kalau takda kursus dijalankan, kami akan settle kerja-kerja lain(orang tempah kandang arnab, feeder box, nest box, Xbox dan box² apa lagi la). Aku tak sempat lagi nak amik gamba dan letak dalam blog, nanti da settle semua ako upload...

Dan kemungkinan yang akan berlaku paling hampir, mungkin kami berdua akan stop dari mengadakan kursus nih... mungkin dalam pertengahan bulan 2 camtu la... ada projek lebih mega akan di laksanakan, so... kalau tak sempat nak join kursus... try bertahan dengan apa yg korang tau, klu tak paham apa²... call la org yg arif, jgn sms... ehehehe mungkin 3 bulan, mungkin 6 bulan... ako tak berani jamin...

"Siapa Pantas Dia Juara!"

Yang suka beborak dengan Arnab,
Ahmad Fahmi Alias
ArnabKiut® Rabbitry n MyRPA
Kuala Lumpur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com

*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.

-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**

Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan


"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242




View Larger Map

Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun


Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.

Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.

Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)

Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)

Yuran :- RM100/peserta.


  • Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
  • Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
  • Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
  • Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

"It is fatal to enter any war without the will to win it."

Fahmi 017-3030433

*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*

Related Posts with Thumbnails
TAWARAN UNTUK BERAMAL JARIAH:
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..

Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my

KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

TABUNG PEMBELIAN BAS

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!

Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm

ALAMAT & PENGURUS:

RUMAH KASIH HARMONI - RKH

No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my

PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:

HP: 019-3133430 / 013-6397015


Saper nak tolong Rumah Kasih Harmoni(Anak Yatim)?
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...

Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...

Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
__________________
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net

*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*