Pengikut

*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*



Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio. Terima Kasih kepada team UMalaya Radio diatas undangan dan kerjasama menjayakan sesi temubual bersama kami Arnab Kiut Rabbitry!

Ahad, 11 April 2010

*.* Ternak Arnab Hari Ini - New Season > Purebred dan Harga *.*

Assalamualaikum,

Setelah sekian waktu ako mendiamkan diri dan selesai menjalankan beberapa perkara penting untuk diri ako, yang tiada kaitan dengan penternakan arnab walaupun ianya bermula dengan arnab. Tergerak dek desakan naluri ingin menaip dan menulis, makanya hari ini ako menaip beberapa persoalan dan perbincangan mengenai halatuju dan cerita-cerita lazim(malahan soalan-soalan lazim-FAQ) didalam bidang perarnaban ini...
Hari ini ako ingin membincangkan beberapa tajuk yang sering kali diajukan soalannya kepada ako samada dalam bentuk panggilan telefon, email ataupun telepati...
Tajuk pertama kita hari ini ialah:-

*.* Pure Bred *.*

Para pembaca yang dihormati sekalian. Seringkali kita mendengar atau terbaca didada-dada iklan ataupun layar web yang memaparkan iklan seperti berikut:-

"Holland Loop Pure Breed untuk dijual RM200".
Apa yang menjadi masalah didalam ayat atau contoh iklan diatas?
Pendifinisian perkataan purebred itu diguna pakai oleh penternak-penternak arnab yang menternak arnab mereka dengan yakin dan bukti yang kukuh menunjukkan dan ditunjukkan kenyataan fakta diatas kertas yang sahih tentang bukti dan kesahihan bahawa arnab yang mereka peliharaan dan jual adalah 'PUREBRED'. Apa yang dimaksudkan dengan ayat diatas? agak celaru pendifinisian dan kadang kala menyesakkan nafas beberapa kerat atau segelintir manusia yang membacanya.
Gambar "PureBred Californian"
Semestinya 'proof' atau bukti bertulis(bertaip) dari badan-badan rasmi(ARBA, BRC, SARBC dan tidak lama lagi MyRPA) digunapakai sebagai bukti kepada apa yang dimiliki, dipelihara, dibiakkan dan dijual oleh pemilik bukti bertulis tersebut adalah sahih 'pior'(Pure), tidak ada campur aduk, tidak ada cros, tidak ada percampuran baka, tidak akan lahir anak New Zealand 'WHITE' berwarna 'BLACK'.
Gambar "Purebred Netherland Dwarf"
Penyakit mengaku kepunyaan sendiri itu 'purebred' mungkin akibat dari ikut-ikutan dari petshop(tempat mula2 arnab sendiri dibeli) atau ingin me'laku'kan jajaan dengan memasukkan beberapa elemen yang secara tidak langsung(negatifnya) memburuk dan mengakibatkan suasana ketidak percayaan timbul dikalangan pembeli(konsumer).
Gambar "PureBred LionHead"
"kenapa anak holland loop(ini pun dah salah!-LOP) aku yang lahir, ada telinga dia jatuh sebelah jer, ada pulak yang tak jatuh-jatuh. Dah besar dah, dekat 3bulan lebih lahir... kenapa????"

Ako bercerita sedikit mengenai tajuk ini bukannya kerana apa. Beberapa kali ako mendapat panggilan yang bertanyakan mengenai arnab yang ako jual(Holland Lop), adakah PureBred atau tidak. Secara terang-terangan ako nyatakan didalam iklan-iklan ako, ako tidak nyatakan perkataan 'purebred' bermakna arnab yang diiklankan itu bukanlah 'purebred', jika dinyatakan, kena la ako berikan 'cert' atau surat beranak arnab yang dinyatakan ke'pure'annya tu.

Bagaimana pula dengan 'Pet Quality', apa yang dimaksudkan dengan 'Pet Quality'?

Mengikut guru-guru yang mengajar ako serba sedikit mengenai mengenal baka dan pengkelasan baka ni, 'pet qua' nih adalah golongan atau kumpulan anak arnab dari baka 'pure bred' yang disapihkan atau di'reject' dari dijadikan induk. Contohnya, jika seekor ibu(Purebred) melahirkan anak seramai 4 ekor, hanya seekor sahaja yang dipilih untuk dijadikan induk, selalunya yang terbaik yang akan dipilih. Ini bermakna, 3 ekor lagi bukanlah tidak baik atau cacat, tetapi yang seekor terpilih adalah yang terbaik diantara yang terbaik. Kenapa? kerana ibunya seekor 'purebred', tidak ada percampuran baka silang dengan baka lain. Samada seekor yang terpilih itu dijadikan induk untuk tujuan pertandingan(show) atau induk yang menhasilkan baka-baka kemudian, itu terpulang kepada beliau(pemilik).
Belum lagi kita bincangkan mengenai BOB, GC, GCJ, BCG, BBG dan bermacam-macam sambungan singkatan huruf lagi... cukuplah sekadar beberapa yang dapat saya kongsikan bersama itu.
Gambar "PureBred Angora" (Bukan English Angora, dalam senarai BRC takda English Angora). Di eja 'Angora' bukan 'Anggora'.

Tajuk seterusnya pula ialah...

*.* HARGA *.*

Seringkali kita tertanya-tanya, kenapa untuk jenis arnab dari baka ini, dijual dengan harga tinggi(contoh paling senang Holland Lop dan Netherland Dwarf). Bukankah sepatutnya arnab dijual dengan harga murah?
Untuk menjawab persoalan ini, perlulah diterangkan sebab-musabab kepada harga untuk sesetengah baka melampau tinggi berbanding 'arnab kampung'~

Sebab pertama, kebanyakan baka-baka eksotik seperti Holland Lop, Netherland Dwarf dan beberapa jenis yang lain adalah terdiri dari golongan mereka yang sukar untuk beranak banyak. Selalunya sesuatu kelahiran, jumlah anak arnab yang diperolehi sedikit, untuk mendapat jumlah 4 ke 5 ekor anak arnab untuk baka2 ini adalah suatu perkara yang jarang-jarang berlaku. Selalunya secara lazim kelahiran sekitar 2-3 ekor sahaja. Didalam kelahiran itu juga, tidak semestinya kesemuanya dapat hidup 100%. Jadi itu lah perkara pertama yang membikin harga untuk baka-baka tersebut agak tinggi.

Sebab kedua, tahap untuk matang yang berbeza dari arnab baka pedaging dan kampung, ada sesetengah baka(selalunya baka GIANT- Holland/German Giant, Flemish Giant, Giant Bt Caves dan Giant2 yg lain) yang memerlukan tempoh matang yang agak lambat untuk dikahwinkan. Ada sesetengah bred yang mencapai umur 8-12bulan baru matang untuk beranak. Dengan kadar bilangan anak yang lahir sikit juga membuatkan baka-baka ini tidak begitu popular untuk dikomersialkan semada sebagai pedaging atau petulang.

Sebab Ketiga, 'rare', janggal, kadang-kadang, susah diperolehi dan perkataan yang sewaktu dengannya. Beberapa jenis baka yang sukar diperolehi di Malaysia, diimport masuk dari negara-negara luar, jadi perkara pucuk/pokok yang perlu diambil kira ialah kos pengangkutan dan penginapan para pendatang asing ini ke Malaysia yang semestinya bergantung kepada jenis alat tranportasi mereka-meraka itu, naik lori ka, naik kapal terbang ka, naik tongkang ka, semua itu yang menjadikan titik harga kepada seseekor arnab yang dijual kemudian.

Sebab Keempat, satu usaha untuk memartabatkan dan menaik tarafkan industri arnab di Malaysia sedang dijalankan oleh rakan-rakan penternak arnab, dengan cara menstabilkan dan menyelaras satu sebut harga yang standard dan sesuai dengan keadaan. Kita tidak mahu lagi orang katakan memelihara dan membiakkan arnab adalah satu kerja sia-sia dan seterusnya membuktikan memelihara dan membiakkan arnab boleh mendatangkan rezeki yang dapat menampung setidak-tidaknya wang dapur atau sekartun dua gudang garam(malahan, sudah ako buktikan, dengan duit menternak dan memelihara arnab, ako sudahpun memiliki seorang isteri~ ;P).

Cukup dulu setakat ini pakcik berceloteh. Sehingga kita bertemu lagi didalam rancangan yang sama, mungkin selepas ini pakcik akan membincangkan mengenai tajuk 'market' dan tajuk-tajuk lazim yang lain.
Laman orang amerika yang memelihara PureBred New Zealand White yang melahirkan anak 100% berwarna putih~ ---> http://www.lynweissrabbitry.com/
Laman BRC yang memaparkan standard yang ditetapkan BRC untuk arnab ----> http://www.thebrc.org/stds.htm

Yang suka beborak dengan Arnab,
Ahmad Fahmi Alias
ArnabKiut® Rabbitry n MyRPA
Kuala Lumpur
p/s- Al-Fatihah untuk keluarga Abang Din Beramboi. Semoga rohnya dicucuri rahmat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com

*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.

-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**

Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan


"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242




View Larger Map

Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun


Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.

Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.

Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)

Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)

Yuran :- RM100/peserta.


  • Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
  • Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
  • Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
  • Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

"It is fatal to enter any war without the will to win it."

Fahmi 017-3030433

*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*

Related Posts with Thumbnails
TAWARAN UNTUK BERAMAL JARIAH:
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..

Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my

KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

TABUNG PEMBELIAN BAS

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!

Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm

ALAMAT & PENGURUS:

RUMAH KASIH HARMONI - RKH

No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my

PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:

HP: 019-3133430 / 013-6397015


Saper nak tolong Rumah Kasih Harmoni(Anak Yatim)?
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...

Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...

Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
__________________
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net

*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*